FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Zaid Salim


Kuala Terengganu: Lelaki meninggal dunia selepas diselamatkan dalam kejadian di Pantai Peranginan Pulau Redang, di sini jam 11.50 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Zubir Mohd Junus, 41, dari Kampung Bari Kecil, Bandar Permaisuri, Setiu, ditemui tidak sedarkan diri berhampiran kawasan jeti Perkampungan Pulau Redang.

Sumber polis berkata, penduduk kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pulau Redang tetapi mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan.

"Sebaik menerima laporan kejadian, polis bergegas ke lokasi dan dimaklumkan mangsa sudah diselamatkan penduduk.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 10:01 PM