Sultan Ibrahim Iskandar bersama Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor di Istana Besar Johor, hari ini. - Foto IHSAN JABATAN PENERANGAN
Sultan Ibrahim Iskandar bersama Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor di Istana Besar Johor, hari ini. - Foto IHSAN JABATAN PENERANGAN
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim bertitah agar tiada pihak cuba melobi bagi mendapatkan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) yang dilancarkan semalam.

Baginda bertitah, projek berkenaan akan dipastikan berjaya demi memberi peluang kepada penduduk Johor yang kurang berkemampuan memiliki rumah selesa.

“Inilah hadiah daripada saya untuk membantu rakyat Johor yang betul-betul susah.

“Rumah ini akan ditawarkan kepada golongan yang layak dan pemilihan amat ketat. Satu lembaga pemilihan akan ditubuhkan untuk membuat tapisan dan penilaian setiap permohonan," titahnya pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor di sini, hari ini.

Baginda bertitah, projek pertama akan dibangunkan di Bandar Dato Onn dengan 500 unit rumah teres, berkembar dan dan banglo akan dibina.

"Rumah akan dilengkapi pendingin hawa, mesin basuh, peti sejuk dan perabot asas.

"Harga jualan adalah bawah RM100,000 saja," titahnya.

Pada majlis itu, Baginda turut menganugerahkan darjah dan pingat kebesaran kepada 102 individu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 12:07 PM