SAZURI mengalami kerugian selepas ayam peliharaannya mati mengejut bermula pertengahan Februari hingga Khamis lalu. FOTO Fathil Asri.
SAZURI mengalami kerugian selepas ayam peliharaannya mati mengejut bermula pertengahan Februari hingga Khamis lalu. FOTO Fathil Asri.
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Selepas dua minggu wabak selesema burung atau Avian Influenza (H5N1) menyerang ayam kampung di negeri ini, beberapa penternak mendakwa mengalami kerugian ribuan ringgit akibat semua ternakan mereka mati mengejut atau dilupuskan.

Wabak berkenaan mula menyerang ternakan ayam kampung di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, di sini, sebelum menular di Kampung Cabang Tiga Pendek serta beberapa kampung lain yang berdekatan.

Difahamkan, kampung lain yang turut terjejas dengan H5N1 termasuk Kampung Padang Layang, Pendek, Kampung Paya, Mulong; Kampung Lating, Mulong dan Kampung Gertak Lembu, Salor.

Penternak, Sazuri Awang Mat Min, 47, ketika ditemui di Kampung Cabang Tiga Pendek berkata, akibat wabak H5N1, dia rugi RM16,200 selepas 1,800 ternakannya mati.

Katanya, 760 ayamnya mati mengejut bermula pertengahan Februari hingga Khamis lalu manakala 1,040 pula dihapuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Khamis lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2017 @ 8:11 AM