Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini khusus bagi menangani kes membabitkan jenayah seksual kanak-kanak di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, undang-undang baru itu bakal dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat sebelum dibawa ke Parlimen untuk diluluskan dalam Dewan Rakyat.

“Undang-undang baru ini merangkumi kesalahan jenayah seksual kanak-kanak yang tidak disebut dalam undang-undang sedia ada termasuk pornografi dan persediaan seksual kanak-kanak serta cadangan perundangan lain secara berkesan, komprehensif dan holistik.

“Kerajaan juga bercadang mewujudkan satu mahkamah jenayah khas bagi mengendalikan prosiding jenayah seksual kanak-kanak yang sudah menjadi mangsa.

“Mahkamah ini bagi membantu kerajaan mencapai hasrat melindungi kanak-kanak secara holistik serta mempercepatkan prosiding perbicaraan kes membabitkan permata negara ini,” katanya ketika merasmikan Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak:Hentikan! di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 2:39 PM
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) dan bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri (dua kanan) pada Majlis Perasmian 'Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!' FOTO Zulfadhli Zulkifli
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) dan bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri (dua kanan) pada Majlis Perasmian 'Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!' FOTO Zulfadhli Zulkifli