GAMBAR yang tular di media sosial menunjukkan mangsa cedera selepas kakinya tercucuk besi. FOTO ihsan pembaca
GAMBAR yang tular di media sosial menunjukkan mangsa cedera selepas kakinya tercucuk besi. FOTO ihsan pembaca
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Subang Jaya: Wanita cedera di kaki kanan selepas tercucuk besi eskalator yang tiba-tiba terkeluar di pusat beli-belah di sini, semalam.

Difahamkan dalam kejadian 4 petang itu, mangsa yang sedang menaiki eskalator tiba-tiba terjatuh selepas kakinya terkena besi berkenan.

Jurucakap pusat beli belah berkenaan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan diberikan rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut dan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Kami juga akan memaklumkan sebarang maklumat terkini yang ditemui dalam tempoh terdekat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 11:04 AM