MAJLIS pelancaran Hino 500.
MAJLIS pelancaran Hino 500.
BARISAN model Hino 500.
BARISAN model Hino 500.
Mohd Razlan Salleh


Pembuat kenderaan komersial Jepun, Hino melancarkan model kenderaan komersial pertengahan (MCV) terbaru Hino 500 dengan beberapa ciri tambahan, selain menjimatkan bahan api.

Generasi terbaru Hino 500 didatangkan dengan enjin Euro 3 bagi varian SG dan FM, manakala FG, GH dan FL melepasi piawaian Euro 2.

Semua model terbaru ini menggunakan teknologi kawalan elektronik Commonrail bagi memastikan penjimatan bahan api lebih baik.

Pengarah Urusan Hino Motors Sales Malaysia Sdn Bhd Ken Iwamoto berkata, pihaknya melabur kira-kira RM8 juta untuk menaik taraf kemudahan latihan di Seremban.

“Hino satu-satunya syarikat yang menyediakan kemudahan latihan kepada pemandu yang beroperasi di luar Jepun. Hino sudah berada di negara ini selama lebih 40 tahun. Ini bukan satu tempoh yang singkat dan berterima kasih kepada pengedar serta pelanggan yang menyokong kami,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berjaya menguasai kedudukan teratas kategori pembuat trak di negara ini.

“Hino 500 terbaru ini menepati janji syarikat untuk menawarkan jentera berkualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan (QDR) kepada pelanggan.

“Matlamat Hino adalah menyediakan trak paling sesuai untuk keperluan pasaran tempatan, seterusnya menyokong perniagaan pelanggan,” katanya.

Antara model yang menjadi perhatian ialah model lori sampah yang menggunakan transmisi automatik enam kelajuan. Penggunaan transmisi automatik dilihat mampu menjimatkan bahan api, selain kurang tekanan terhadap pemandu dan enjin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 5:02 AM