Tiga rumah pekerja ladang kelapa sawit di Serting musnah dalam kebakaran, 8.30 malam tadi. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Tiga rumah pekerja ladang kelapa sawit di Serting musnah dalam kebakaran, 8.30 malam tadi. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Tiga rumah pekerja ladang kelapa sawit di Serting, di sini musnah dalam kebakaran, 8.30 malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Jempol, Zulkifli Che Noh berkata, 12 penghuni rumah berkenaan berusia 15 hingga 50 tahun bagaimanapun selamat.

Katanya, pihaknya menerima panggilan jam 8.34 malam mengerahkan 15 anggota dan tiga jentera ke lokasi.

"Sebaik tiba, api dilihat marak membakar rumah terbabit menyebabkan kerja pemadaman dilakukan segera.

"Api dapat dikawal selama 15 minit dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 10.04 malam," katanya.

Beliau berkata, rumah itu separuh papan yang dibina sejak 1983.

"Buat masa ini punca sebenar kejadian masih disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 11:04 PM