Mesej yang tersebar melalui Whatsapp dan Facebook mengenai Rotavirus di air pancut Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka. - Foto KHAIRUNISAH LOKMAN
Mesej yang tersebar melalui Whatsapp dan Facebook mengenai Rotavirus di air pancut Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka. - Foto KHAIRUNISAH LOKMAN
Norizzah Baharudin


Melaka: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sedang menunggu keputusan ujian makmal untuk mengesahkan individu mengalami masalah kesihatan selepas mandi air pancut di Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka Tengah, dijangkiti Rotavirus atau tidak.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ghazali Othman, berkata simptom Rotavirus seperti cirit birit, muntah berterusan, sakit perut, demam dan selsema selain bau najis yang terlalu busuk, sama dengan masalah kesihatan lain.

“Sepatutnya orang ramai mendapatkan pengesahan dan lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka sebarkan.

“Tular mengenai air pancut di Dataran 1Malaysia Klebang mempunyai Rotavirus bukan sahaja menyebabkan orang ramai panik malah menjejaskan peniaga di situ," katanya pada sidang media di Bukit Baru, hari ini.

Sejak seminggu lalu, orang ramai khasnya ibu bapa di negeri ini resah dengan tular di media mengenai kanak-kanak yang mandi di air pancut Dataran 1Malaysia Klebang, terpaksa dirujuk ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan selepas dijangkiti Rotavirus.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 5:17 PM