Anggota pasukan keselamatan bersama orang ramai mengusung jenazah dua beradik antara 3 kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). FOTO Muhd Asyraf Sawal
Anggota pasukan keselamatan bersama orang ramai mengusung jenazah dua beradik antara 3 kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). FOTO Muhd Asyraf Sawal
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


Kuantan: Bapa kepada Nureen Ain Juwita, 10, mangsa lemas di kolam bauksit petang tadi reda akan pemergian anak bongsunya itu.

Mohd Sharif Awang Ngah, 50, berkata, kehilangan mangsa memberi kesan kepadanya memandangkan Nureen adalah satu-satunya anak perempuan dari enam beradik.

"Dia adalah seorang yang aktif dan riang, tiada sebarang perubahan ketara saya lihat padanya kebelakangan ini. Pagi tadi dia sempat ke kedai berhampiran rumah di Kampung Sungai Karang.

"Namun petang tadi seorang daripada abangnya menghantarnya ke rumah tok wan (datuk) di Taman PSJ iaitu sebelum kejadian itu berlaku," katanya ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 5.45 petang tadi, tiga kanak-kanak, Sasabella Zulhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad serta Nureen Ain lemas di dalam bekas lombong berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 11:43 PM