MOHD Sharif (kiri) bersama penduduk setempat bergotong-royong menimbus bekas lombong bauksit yang meragut nyawa tiga kanak-kanak termasuk anaknya. FOTO Farizul Hafiz Awang
MOHD Sharif (kiri) bersama penduduk setempat bergotong-royong menimbus bekas lombong bauksit yang meragut nyawa tiga kanak-kanak termasuk anaknya. FOTO Farizul Hafiz Awang
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Kira-kira 20 penduduk Taman Sungai Karang Jaya, di sini, mengambil inisiatif menimbus bekas lombong bauksit di kawasan perumahan itu, 6 petang tadi selepas kejadian tiga kanak-kanak lemas, semalam.

Menurut Mohd Sharif Awang Ngah, 50, bapa kepada seorang daripada mangsa lemas Nureen Ain Juwita, 10, tindakan itu terpaksa diambil selepas tidak berpuas hati dengan tindakan pengusaha lombong bauksit sebelum ini yang membiarkan kawasan berkenaan tanpa mengambil sebarang langkah keselamatan.

"Tindakan ini bukan untuk saya sahaja tapi semua penduduk kampung dan taman yang marah dengan pengusaha lombong membiarkan kawasan itu.

"Saya harap pihak berkuasa ambil langkah segera timbus dua lombong ini sebelum lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Dalam kejadian 5.45 petang semalam, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik iaitu Sasabella Zulhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita lemas di kawasan bekas lombong bauksit di taman perumahan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 7:49 PM