Lampard peledak terbanyak The Blues sepanjang zaman. FOTO AGENSI
Lampard peledak terbanyak The Blues sepanjang zaman. FOTO AGENSI
Reuters

New York: Bekas pemain tengah Chelsea dan England Frank Lampard mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional hari ini.

Keputusan dibuat selepas beraksi bersama pasukan New York City dalam Major League Soccer di Amerika Syarikat tahun lalu.

Lampard memulakan kariernya di West Ham United menyerlah dengan membuktikan dirinya antara salah seorang pemain tengah terbaik di Eropah sepanjang 13 tahun beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

Selepas melalui perjalanan penuh mencabar selama 21 tahun, saya membuat keputusan sekarang adalah masa terbaik menamatkan karier saya sebagai pemain bola sepak," kata Lampard dalam satu kenyataan.

"Biarpun menerima beberapa tawaran menarik untuk meneruskan karier bola sepak di tempat sendiri dan di tempat lain, saya merasakan usia 38 adalah peringkat terbaik untuk memulakan lembaran baru dalam hidup saya.

"Saya memandang ke hadapan, berterima kasih kepada FA yang mempelajari kelayakan kejurulatihan saya. Malah, saya sedia menimbangkan peluang lain di luar padang dengan keputusan yang akan tiba selepas ini."

Lampard yang memiliki 106 kap antarabangsa bersama England adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea dengan menyumbat 211 gol menerusi lebih 400 penampilan dalam semua pertandingan disertai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 8:01 PM