SUSPEK yang dikesan masuk ke sebuah kafe dan melarikan wang tunai selepas menyamar sebagai pembekal mesin transaksi jualan.
SUSPEK yang dikesan masuk ke sebuah kafe dan melarikan wang tunai selepas menyamar sebagai pembekal mesin transaksi jualan.
Mohd Fadly Samsudin


Bangi: Seorang lelaki berjaya memperdaya pekerja sebuah kafe supaya menyerahkan wang tunai RM400 selepas menyamar sebagai pembekal mesin transaksi jualan.

Dalam kejadian jam 8.40 malam Jumaat lalu, suspek dikatakan masuk berseorangan ke kafe terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini.

Sumber berkata, suspek kemudian pergi ke kaunter bayaran kafe yang dijaga seorang pekerja wanita sebelum berpura-pura menuntut baki bayaran pembelian mesin transaksi itu yang belum dijelaskan.

“Suspek lelaki memakai baju kemeja itu mendakwa terdapat bayaran belum dijelaskan berhubung pembelian mesin ‘Point of Sales’ (POS) berkenaan, selain versi mesin itu juga perlu diperbaharui.

“Lelaki terbabit juga turut berpura-pura menghubungi pemilik kafe berkenaan di hadapan pekerja kononnya pemilik kafe bersetuju supaya bayaran RM400 itu diserahkan kepadanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 8:56 AM