Oleh Omar Osman dan Syahid Sokri

Sungai Petani: Seorang lelaki warga Thailand maut manakala 12 yang lain cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Alor Setar-Sungai Petani dekat Bedong, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Aramim Dusung, 38, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Kemalangan berlaku selepas kereta Kia Spectra dinaiki enam warga Thailand dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah van dinaiki enam orang sebelum merempuh sebuah kenderaan lain.

Akibat perlanggaran itu, pemandu dan dua penumpang kereta tersepit.

Kesemua mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke HSAH untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 12:36 PM