AMINAR (tiga kanan) memperkenalkan Perodua Axia berciri baru. FOTO Lizam Ridzuan
AMINAR (tiga kanan) memperkenalkan Perodua Axia berciri baru. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Shah Alam: Bersempena MyPerodua Nation Carnival 2017, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan model peningkatan Axia dengan beberapa ciri pembaharuan.

Perodua Axia ini dilengkapi dengan enjin 1.0 L VVT-i baru dengan mod pemanduan Eco yang mampu mencapai sekitar 22.5 km/liter bagi enjin manual berbanding 21.6 km/l sebelum ini.

Antara ciri pembaharuan standard yang lain termasuklah rekaan gril dan bampar hadapan yang bergaya, pemegang pintu belakang, rekaan fabrik tempat duduk terkini dan lampu projektor.

Untuk Varian SE dan Advance ia dilengkapi dengan butang tekan mula, kemasukan dan kunci pintar, sistem multimedia dengan 'Smart Link', rekaan rim aloi baru dan meter combi.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Dr Aminar Rashid berkata, sejak tempahan dibuka pada 13 Januari lalu mereka menerima pesanan hampir 3,000 unit dan penghantaran kepada pembeli akan dilakukan mulai hari ini.

Perodua Axia (Standard) didatangkan dalam warna putih, perak, hitam dan biru manakala varian SE dan Advance mempunyai dua tambahan warna iaitu kuning dan merah.

Perodua Axia dijual pada harga bermula RM24,900 untuk Standard-E (Manual) hingga RM42,900 untuk Advance (Auto).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 1:53 PM