Subri  (tiga, kiri) dan Saadiah (dua, kiri) menunggu pengumukeputusan  Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
Subri (tiga, kiri) dan Saadiah (dua, kiri) menunggu pengumukeputusan Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
Muhaamad Hafis Nawawi

Ayer Hitam: Lebih 300 penduduk berkampung di rumah keluarga Mohd Faiz Subri di Kampung Pida 6, Tok Kepak di sini sejak jam 12 tengah malam tadi menjelang pengumuman keputusan Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Malah satu skrin layar yang dipasang di luar rumah bapanya Subri Kader, 64, menjadi tumpuan penduduk dan ahli keluarga.

Mereka yang hadir itu juga turut dijamu dengan makanan nasi lemak yang dimasak ibu pemain itu Saadiah Ishak, 55, bagi menghargai sokongan terhadap pemain itu.

Sementara itu Subri turut mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk dan peminat tempatan yang datang ke rumahnya untuk memberikan sokongan.

"Alhamdulillah saya tak sangka ramai yang datang dan kami berdoa supaya rezeki berpihak kepada anak saya," katanya.

Mohd Faiz adalah finalis dalam kategori gol tercantik bersama-sama dua pemain lain iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 2:26 AM