PEMAIN Bolasepak Pulau Pinang, Faiz Subri bersama isteri Norzawanis Hashim bersama dua anaknya, Akif Fayyadh, lima, dan Muhammad Aqil Zayyan, lapan bulan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum bertolak ke Zurich esok (hari ini) dari Kuala Lumpur untuk hadir sebagai calon Anugerah Puskas 2016 pada Isnin ini. FOTO Bernama

Ferzalfie Fauzi

Sepang: Pemain Pulau Pinang, Faiz Subri yang tercalon dalam senarai tiga terakhir Anugerah Puskas di Anugerah Bola Sepak FIFA mengakui bahawa akan bersedia untuk menjadi seorang selebriti jika pulang dengan kejayaan.

Menurut pemain berusia 30 tahun itu, jika jaringan cantik yang dilakukan pada Februari tahun lalu ketika menentang Pahang dicalonkan sebagai gol tercantik untuk anugerah berkenaan dianggap sebagai rezekinya dan keluarga.

"Saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan (menjadi selebriti) nanti. Bagaimanapun, fokus saya tetap untuk membantu Pulau Pinang dalam Liga Super musim ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Zurich, Switzerland sebentar tadi.

Faiz yang menumpaskan dua bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk berada dalam tiga senarai akhir Anugerah Puskas, juga mengharapkan dirinya bukan calon terakhir dari Malaysia bagi anugerah berkenaan.

"Mungkin selepas ini ada rakyat atau pemain dari Malaysia tercalon bagi anugerah ini," katanya yang pernah beraksi bersama Perlis, T-Team, Kelantan dan Terengganu.

Dia yang lahir di Air Hitam, Kedah berangkat bersama keluarganya termasuk isteri, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 10:19 AM