FOTO Muhammad Hatim Abd Manan
FOTO Muhammad Hatim Abd Manan
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Dua belas wanita dipercayai GRO warga asing ditahan dalam serbuan Ops Noda di Banda Hilir, di sini, awal pagi ini.

Serbuan dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka itu bermula pada 12.30 tengah malam dan berakhir 2.30 pagi.

Pegawai Turus D7 IPK Melaka, Asisten Superintendan Faizal Azwan Osman berkata, kesemua yang ditahan dipercayai menyalah guna pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu.

"Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 30-an, masing-masing enam warga Thailand, empat China, satu Laos dan Vietnam.

"Selain itu, turut ditahan tiga warga tempatan iaitu dua penjaga premis berusia 34 dan 45 tahun serta wanita dipercayai ibu ayam berusia 70 tahun," katanya.

Beliau berkata, mereka yang ditahankemudian dibawa balik ke Balai Polis Banda Hilir untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 4:36 PM