AHMAD Fuaad
AHMAD Fuaad
myMetro

Kuala Lumpur: Proton Holdings Bhd bersedia kembali dalam arena pada tahun depan dengan pelancaran beberapa model baharu pada 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, Proton yang ditubuhkan pada 1983 yakin mencatat jualan sekurang-kurangnya 10,000 unit sebulan tahun depan.

“Jumlah jualan bagi 2016 bagaimanapun dijangka di bawah sasaran memandangkan momentum pembelian model baharu hanya kembali pulih.

“Menjelang akhir 2016, kami menjangka Proton akan mencapai jualan maksimum 90,000 unit. Kelewatan pelancaran beberapa model menjejaskan sasaran jualan pada 2016.

“Bagaimanapun, dengan empat produk itu, kami yakin mencapai 10,000 jualan sebulan atau 120,000 bagi 2017,” katanya.

Dalam usaha memulihkan kedudukan, 2016 menjadi tahun sibuk bagi Proton dengan pengenalan empat produk baharu untuk bersaing dengan pengeluar kereta lain dalam pasaran sengit di samping meraih keyakinan pelanggan terhadap syarikat dan jenama.

Proton melancarkan tiga model sedan baharu Perdana, Persona dan Saga, masing-masing pada Jun, Ogos dan September manakala Ertiga pada November.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2016 @ 7:15 AM