PEMAIN remaja negara meraikan kejayaan ke atas Mesir.
PEMAIN remaja negara meraikan kejayaan ke atas Mesir.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Selepas gagal mara ke suku akhir, tumpuan skuad hoki remaja negara di Lucknow, India ketika ini lebih terarah kepada mencapai kedudukan paling baik sebelum mengakhiri kempen Piala Dunia Remaja.

Pengurus Amin Rahim berkata, selepas menamatkan saingan di kedudukan ketiga peringkat kumpulan, skuad remaja negara harus menggunakan peluang sebaiknya dengan beraksi cemerlang dalam perlawanan penentuan tempat kesembilan hingga ke-12 menentang New Zealand hari ini.

“Dari perlawanan pertama hingga semalam (kelmarin) memang nampak peningkatan ketara terutama dari segi permainan dan keyakinan pemain. Boleh dikatakan hampir semua pemain tidak pernah beraksi di peringkat tertinggi jadi kita nampak mereka gugup dan tercari-cari rentak,” katanya.

Jelasnya, selepas kalah kepada Belanda (2-7) pada perlawanan sulung, pemain sedar dengan kesilapan dan perubahan yang mahu dilihat sudah mula terpamer pada perlawanan kedua.

“Ketika berentap dengan Belgium (0-3) pemain nampak lebih agresif dan mencipta banyak peluang, tetapi gagal memanfaatkannya terutama melalui pukulan sudut penalti. Kita akan cuba memperbaiki kesilapan terutama melalui pukulan sudut penalti dalam latihan petang ini (semalam).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2016 @ 7:53 AM