DULU.  Jeti tempat persinggahan perahu menghantar anak Orang Asli ke sekolah (gambar pada 1970-an).
DULU. Jeti tempat persinggahan perahu menghantar anak Orang Asli ke sekolah (gambar pada 1970-an).
KINI. Masyarakat Orang Asli kini menggunakan bot berenjin.
KINI. Masyarakat Orang Asli kini menggunakan bot berenjin.
DULU. Bangunan kayu menempatkan kelas pembelajaran (1970).
DULU. Bangunan kayu menempatkan kelas pembelajaran (1970).
KINI. Bahagian depan pintu pagar utama.
KINI. Bahagian depan pintu pagar utama.
DULU. Bangunan sekolah ketika masih menggunakan kayu dan beratapkan zink.
DULU. Bangunan sekolah ketika masih menggunakan kayu dan beratapkan zink.
KINI. Pandangan sekolah SEKEBUN dari sisi hadapan.
KINI. Pandangan sekolah SEKEBUN dari sisi hadapan.
BERGAMBAR kenangan di hadapan Sapok Catur yang diperbuat daripada buluh, kayu dan beratapkan daun nipah.
BERGAMBAR kenangan di hadapan Sapok Catur yang diperbuat daripada buluh, kayu dan beratapkan daun nipah.
Mohd Rizal Azman Rifin


Perkampungan Orang Asli di Sungai Buluh Nipis dekat Muadzam Shah, Pahang, pernah mencatat sejarah tragis kerana terbabit dalam dua peristiwa ‘hitam’ yang cukup menyayat hati.

Sekitar 1945 hingga 1950, perkampungan itu diancam kumpulan pengganas Bintang Tiga yang menjadikan laluan di sungai itu untuk mendapatkan makanan dan menjadi kubu pertahanan.

Ini menyebabkan masyarakat Orang Asli keturunan Jakun di situ tersepit dengan tindakan ganas kumpulan berkenaan yang tidak mengenal mangsa.

Masyarakat yang tinggal di sepanjang pinggir sungai itu juga terbabit dalam peristiwa banjir besar pada 1970 menyebabkan keseluruhan perkampungan mereka ditenggelami air.

Meskipun Orang Asli di Buluh Nipis sering menerima musibah, ia tidak bermakna mereka tidak mampu meneruskan kehidupan seperti orang lain. Pada 1960, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengorak langkah mendedahkan anak masyarakat itu dengan pendidikan formal.

Berikutan itu, terbina sebuah sekolah secara ‘ala kadar’, namun tidak kekal lama apabila ia turut ditenggelami air dalam bah besar pada 1970.

Pada April 1982 sekolah rendah itu dibina semula, tetapi masih berasaskan binaan daripada kayu dengan hanya seorang guru bertugas, Tuan Mohd Zani Tuan Soh.

Pada 1985, pengurusan sekolah itu diambil alih Kementerian Pendidikan, sekali gus menyaksikan perubahan besar ke atas pembinaan dan perkembangan Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis (SEKEBUN).

Bangunan baru yang lebih kukuh dibina bagi memenuhi jumlah murid yang makin bertambah, selain pembinaan rumah guru.

Sepanjang 2004 hingga kini bermula era kecemerlangan SEKEBUN apabila pemerkasaan akademik dan kokurikulum mula rancak dilaksanakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 12:12 PM