KEADAAN buaya yang mati ditembak penduduk. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN buaya yang mati ditembak penduduk. FOTO ihsan pembaca
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Seekor buaya betina sepanjang lima meter ditembak mati oleh penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, buaya berkenaan ditembak sebanyak dua das mengunakan senapang patah.

Ahli Jawatankuasa Penduduk (AJK) Kampung Pejuang Kelulit Murshid Kabul, 64, berkata, buaya berkenaan sudah diburu sejak sebulan lalu berikutan membimbangkan penduduk kampung.

Menurutnya, buaya berkenaan sering dilihat timbul di permukaan Sungai Kelulit yang turut digunakan oleh penduduk kampung.

"Walaupun masih belum ada serangan buaya, penduduk bimbang berlaku kejadian yang buruk sekiranya dibiarkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 12:57 PM