TERTUDUH (kiri) bersama keluarganya. - TheSun
TERTUDUH (kiri) bersama keluarganya. - TheSun
Agensi

Pennsylvania (Amerika Syarikat): Seorang budak lelaki berusia 14 tahun dituduh menembak mati ibu dan adik lelakinya berusia lapan tahun ketika mereka tidur sebelum cuba menyalahkan bapanya atas kejadian itu.

Jacob Remaley membuat panggilan kecemasan pada Rabu lalu dan memaklumkan polis ibu serta adiknya itu mati selain mendakwa bapanya meletakkan sepucuk pistol di katilnya sebelum meninggalkan kediaman mereka.

Anggota polis, Stephen Limani berkata, kanak-kanak itu kemudian mengaku membunuh mangsa selepas menunggu ayahnya, David, keluar bekerja pada jam 5.40 pagi sebelum mengambil pistol yang disembunyikan di atas peti sejuk dan menembak ibunya, Dana, 46, serta adik, Caleb yang sedang tidur.

Malah dia didakwa memberitahu polis ayahnya juga sasarannya tetapi tidak sempat menembak lelaki itu apabila dia keluar terlalu awal.

Remaley didakwa Rabu lalu sebagai pesalah dewasa, atas tuduhan homisid dan bunuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 6:18 AM