DUA suspek melakonkan semula cara mereka melepaskan tembakan yang membunuh seorang kontraktor dan rakan wanitanya. - Bangkokpost
DUA suspek melakonkan semula cara mereka melepaskan tembakan yang membunuh seorang kontraktor dan rakan wanitanya. - Bangkokpost

Bangkok: Seorang datuk bandar di Thailand ditangkap kerana didakwa menjadi dalang pembunuhan seorang kontraktor dan teman wanitanya berhubung konflik kontrak membaiki jalan.

Datuk Bandar Nareng di daerah Nop Phi Tham di selatan Thailand, Jarin Raksanit, 52, ditangkap kelmarin bersama tiga lelaki.

Kata polis, semua mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan seorang kontraktor, Panya Kaewchamras dan rakan wanita mangsa, Somsong Thepthong.

Panya, 42, dan Somsong, 46, maut selepas kenderaan mereka dihujani tembakan yang dilepaskan lelaki bersenjata di daerah Tha Sala di, Nakhon Si Thammarat pada 30 Oktober lalu.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki, Prachuap Porchuejin, 58, dan Anirut Porchuejin, 23, yang dipercayai melancarkan serangan berkenaan.

Serangan itu dipercayai bermotifkan konflik kontrak membaiki jalan bernilai 2.4 juta baht (RM289,120). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 11:52 AM