Hayati Ibrahim


Sepang: Sebuah lori tangki membawa minyak sawit mentah terbalik selepas terbabas di Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) menghala Bukit Changgang, Dengkil, hari ini.

Ketika itu lori dipandu Samsudin Abdul Ghani sedang dalam perjalanan dari Kuantan Pahang menghala ke Dengkil, Selangor, pada 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mengikut siasatan awal pemandu lori berkenaan mendakwa dihimpit kereta ketika dia sedang memandu di lorong kiri jalan raya itu.

“Pemandu cuba mengelak ke kiri. Bagaimanapun, tayar lori itu masuk ke dalam longkang kecil di tepi jalan sebelum bahagian belakang lori tangki terbalik dan menghalang jalan.

"Tiada kecederaan yang berlaku dalam kejadian itu,"katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, kes disiasat mengikut peraturan 10 LN 166/59 (gagal mengawal kenderaan ketika memandu dan menyebabkan kemalangan).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 4:34 PM