Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Lelaki warga Amerika diselamatkan selepas cuba terjun tingkat empat hotel didiaminya di Jalan Kinta, di sini, pada 11.30 pagi ini.

Lelaki berusia lingkungan 50-an terbabit dikatakan mengalami tekanan perasaan sebelum cuba terjun ketika berada di tangga kecemasan.

Pemangku Penyelia Jabatan Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Wan Chik Ismail berkata, pihaknya terpaksa mengambil kira-kira 30 minit untuk memujuk lelaki terbabit.

"Ketika tiba di lokasi lelaki berkenaan dilihat hilang kawalan dan mengamuk dengan memecahkan lampu. Anggota bomba kemudian berjaya memujuknya dan dia hanya mengalami kecederaan ringan di lutut," katanya yang ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 6:13 PM