Afiq Hanif


Samsung memperkenalkan tablet Galaxy Tab A edisi 2016 dengan S Pen yang mempunyai jangka hayat bateri sehingga 7300mAh untuk digunakan lebih 13 jam.

Peranti terbabit bersaiz 10.1 inci dengan format paparan WUXGA 1920 x 1200 piksel.

Jika pengguna membelinya dalam tempoh terhad, Samsung menawarkan akses tiga bulan percuma untuk laman stream iflix serta 20 genre muzik dalam Samsung Milk Music yang semuanya boleh dipindah turun melalui mySamsung.

Sesuai menonton siri kegemaran atau filem, Galaxy Tab A (6) beroperasi pada pemprosesan kelajuan 1.6GHz octa core dengan RAM 3GB selain storan utama 16GB.

INFO

SAMSUNG GALAXY TAB A 2016 (S PEN)

• HARGA: RM1,599

• PAPARAN: 10.1 inci WUXGA TFT

• OS: Android 6.0

• PEMPROSESAN: 1.6GHz octa core

• RAM: 3GB

• STORAN: 16GB, slot kad mikroSD

• KAMERA: 8MP, 2MP (depan)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 10:56 AM