IDRIS tidak anggap insiden gambar bogel ganggu kerjaya dan nama baiknya.
IDRIS tidak anggap insiden gambar bogel ganggu kerjaya dan nama baiknya.
Syafil Syazwan Jefri


Dugaan sebagai artis datang dalam pelbagai bentuk.

Bagi pelakon Idris Khan, dugaan terbesar­nya tentulah apabila tersebar gambar bogel yang dikatakan miripnya dengan pelakon Atikah Suhaimi, bulan lalu.

Bagaimanapun, insiden itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya membuatkan dia terus kuat untuk bergerak ke hadapan memajukan kerjayanya.

“Selepas apa yang berlaku, saya sentiasa melihat ke depan. Bagi saya, banyak lagi benda lain yang lebih penting untuk difikirkan. Sebagai artis, perlu kental untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan.

“Saya ada sasaran sendiri dalam kerjaya, jadi sekarang saya fokus kepada kerjaya sebagai pelakon dan berikan hasil yang terbaik. Paling penting, jangan wujudkan masalah dengan orang lain,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 5:05 AM