BARISAN atlet paralimpik bergambar bersama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (lima dari kiri tengah) dan isteri.
BARISAN atlet paralimpik bergambar bersama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (lima dari kiri tengah) dan isteri.

Kuala Lumpur: Pada 2014, Tune Talk secara rasminya melancarkan gerakan untuk menyokong arena sukan paralimpik negara.

Temasya Para Asia di Incheon pada tahun itu adalah kali pertama Tune Talk mengorak langkah, menampilkan semua atlet luar biasa dan mempamerkan pencapaian mereka yang menakjubkan kepada semua rakyat Malaysia.

Dengan menggunakan langkah baru dan progresif, Tune Talk memastikan semua maklumat dan bahan berkaitan atlet luar biasa menjadi viral dan orang ramai mula mengenali mereka dan mengetahui mengenai pencapaian luar biasa mereka.

Pencapaian atlet luar biasa semakin meningkat seiring dengan peningkatan kepercayaan masyarakat kepada mereka.

Ini membuktikan lebih ramai rakyat Malaysia perlu yakin dan percaya kepada apa yang diperjuangkan oleh atlet luar biasa ini dan inilah matlamat utama Tune Talk.

Tahun ini tahun bersejarah bagi Malaysia kerana akhirnya berjaya meraih pingat emas pada temasya sukan paling masyhur di peringkat global.

Tahniah diucapkan kepada kontinjen paralimpik kerana pencapaian cemerlang mereka pada temasya Sukan Paralimpik Rio 2016, apabila mereka berjaya merangkul tiga pingat emas, satu gangsa dan memenangi hati rakyat Malaysia.

“Saya antara yang bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri di stadium peristiwa bersejarah itu apabila Ridzuan Puzi, memenangi perlumbaannya, menghadiahkan pingat emas pertama negara.

“Saya pasti semua rakyat Malaysia menangis ketika mendengar lagu Negaraku dimainkan buat pertama kalinya di Stadium Olimpik.

“Setiap rakyat Malaysia, di Rio atau di tanah air menyokong atlet luar biasa ini ketika larian emas Ridzuan, lontaran gergasi daripada Ziyad Zolkelfi, lompatan emas Latif Romly, pencapaian luar biasa Radiah dan semua atlet yang berjuang dengan sepenuh hati mereka.

“Masyarakat akhirnya sedar bahawa kita sebagai rakyat Malaysia mampu menghasilkan kumpulan atlet luar biasa yang boleh memartabatkan negara.

“Sekarang kita perlu fokus untuk membina pasukan terbaik sebagai persiapan Malaysia yang akan menjadi tuan rumah Sukan Para Asean tahun depan dan juga pasukan yang paling luar biasa bagi temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” kata Jason Lo, CEO Tune Talk.

“Tahniah kepada semua yang terbabit dengan kejayaan ini. Sebagai tanda penghargaan, Tune Talk akan menghadiahkan ketiga-tiga pemenang pingat emas negara, Ridzuan, Ziyad, Latif dan jurulatih mereka perkhidmatan Tune Talk percuma seumur hidup.

“Siti Noor Radiah, pemenang pingat gangsa akan menerima perkhidmatan Tune Talk percuma selama tiga tahun dan 17 atlet dan jurulatih luar biasa kontinjen Malaysia ke Rio akan menerima perkhidmatan percuma selama setahun!” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 8:55 AM