ADIB (dua dari kanan)  berjabat tangan dengan Shahrazen   sambil diperhatikan  Bernhardt (kanan) dan  Mohd Ali  pada sidang media perlawanan persahabatan di antara Malaysia B-22 dan Brunei di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
ADIB (dua dari kanan) berjabat tangan dengan Shahrazen sambil diperhatikan Bernhardt (kanan) dan Mohd Ali pada sidang media perlawanan persahabatan di antara Malaysia B-22 dan Brunei di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Firdaus Hashim


Seremban: Pertembungan persahabatan antarabangsa dengan pasukan senior Brunei di Stadium Paroi malam ini, bakal menguji kebijaksanaan pengendali Skuad Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt untuk membentuk pasukan mantap selepas kehilangan lima tonggak utama yang mengalami kecederaan dan menyertai skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Daripada lima senarai itu, dua daripadanya mengalami kecederaan serius, membabitkan ketua pasukan, Faris Shah Mohd Rosli dan Muhd Ariff Farhan yang sah tersisih manakala penyerang utama Selangor, Adam Nor Azlin, Safawi Rashid serta Matthew Davies bersama pasukan senior negara.

Menurut Bernhardt, beliau membayangkan bakal membuat beberapa rombakan kecil dalam kesebelasan utamanya berbanding ketika aksi persahabatan terakhir ketika menentang skuad Bawah 22 (B-22) Bahrain bulan lalu.

“Untuk aksi kali ini, kami terpaksa mencari pengganti untuk lima pemain. Jadi, saya terpaksa bergantung harap kepada pemain lebih muda yang baru saja selesai menyertai kejohanan Piala AFF B-19 tahun di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.

“Saya perlu bergantung kepada mereka untuk berdepan skuad kebangsaan Brunei buat masa ini. Jadi saya rasakan setiap pemain perlu diberi peluang beraksi supaya saya boleh menilai kemampuan sebenar mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 8:07 AM