SAYUR ditanam Mohd Azman dan isterinya hidup subur.
SAYUR ditanam Mohd Azman dan isterinya hidup subur.

Sitiawan: Sepasang suami isteri kini mampu mengurangkan belanja dapur mereka sehingga RM450 sebulan dengan menjadikan hobi menanam pelbagai sayuran di halaman rumah sejak 12 tahun lalu.

Mohd Azman Bakar, 48, menanam pelbagai sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, petola, labu air, pelbagai ulam dan anggur hanya sebagai hobi sebelum bertukar menjadi pendapatan sampingan apabila tanaman itu hidup subur dan mengeluarkan hasil yang banyak.

Mohd Azman berkata, tujuan utamanya mahu mendidik masyarakat setempat mendalami pertanian biarpun mempunyai ruang terhad, sekali gus membantu mengurangkan belanja dapur.

“Saya dibantu isteri Engku Zaharah Ramli 41, menguruskan tanaman berkenaan di tempat tinggal kami di Kuarters Penjawat Awam, Lorong Tok Perdana di sini.

“Saya kini mempunyai lebih 20 sayuran pelbagai jenis seperti berdaun hijau, kekacang, ulam, herba dan buah-buahan yang ditanam di halaman dan tepi rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 7:46 AM