Golbarnezhad sewaktu bertarung acara trek 2012 terbabas acara C4-5. FOTO Agensi
Golbarnezhad sewaktu bertarung acara trek 2012 terbabas acara C4-5. FOTO Agensi
BBC

Rio de Janeiro: Seorang pelumba para Iran meninggal dunia selepas terbabas sewaktu bersaing dalam acara lumba basikal lelaki C4-5 pada Sukan Paralimpik Rio.

Ahli Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa berkata Bahman Golbarnezhad, 48, diserang sakit jantung dalam kemalangan berlaku di laluan berbukit sirkit, semalam ketika berlumba acara terbabit.

"Ambulan bergegas mengesahkan dia meninggal dunia sebaik tiba di Unimed Rio Hospital di Barra," menurut kenyataan itu.

Golbarnezhad juga pernah bersaing pada Paralimpik London 2012.

Penyiasatan kemalangan itu dibuat serta merta.

"Kami mahu mengumpul maklumat secepat mungkin dan ia patut selesai dalam masa beberapa hari," kata pengarah sukan berbasikal antarabangsa UCI, Piers Jones.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2016 @ 3:11 PM