COSTA (tengah) ledak dua gol Chelsea.
COSTA (tengah) ledak dua gol Chelsea.
AFP

Swansea, Wales: Antonio Conte mempertahankan penyerang bijak namun penuh kontroversi Diego Costa selepas pengurus Itali itu kehilangan mata buat kali pertama dalam bola sepak Inggeris apabila seri 2-2 dengan Swansea City di laman lawan.

Bintang Sepanyol itu menjaringkan dua gol pasukannya kelmarin, dilayangkan kad kuning dan turut menerima layanan keras daripada pertahanan Swansea Jordi Amat dan Federico Fernandez, kedua-duanya diberi amaran kerana mengasari Costa.

Amat, khususnya bernasib baik tidak dilayangkan kad kuning kedua dan Conte memuji bintangnya kerana bersikap tenang biarpun ada cubaan provokasi.

“Jika anda tanya pertahanan itu berhak menerima kad kuning kedua, saya tidak mahu melayannya,” kata pengurus Chelsea itu.

“Saya hanya mahu memberitahu setiap perlawanan wartawan bertanya mengenai Diego dan sikapnya dan hari ini saya boleh katakan Diego Costa mempunyai sikap luar biasa untuk mengawal situasi kerana hari ini dia dikasari dari awal hingga akhir perlawanan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 7:56 AM