PEMINAT Pokemon Go di Taiwan memburu makhluk maya di Taipei.
PEMINAT Pokemon Go di Taiwan memburu makhluk maya di Taipei.
Agensi

New York: Apabila mula dilancarkan awal Julai lalu, populariti Pokemon Go meningkat mendadak, mengatasi Tinder dan mengancam memintas populariti Twitter dalam masa beberapa hari sahaja.

Bagaimanapun, kegilaan terhadap permainan itu kini semakit merosot.

Data baru menunjukkan penurunan dalam jumlah pemain di samping kejatuhan ketara dalam masa yang dihabiskan untuk bermain, sekali gus mebolehkan syarikat pesaing ‘bernafas lega.’

Pokemon Go mencapai puncak ‘pengguna aktif harian’ pada pertengahan julai dengan hampir mencecah 45 juta tetapi sejak itu melihat kejatuhan jumlah itu, menurut laporan Bloomberg.

Jumlah itu kini hanya sekitar 30 juta.

Dengan menggunakan Sensor Tower, SurveyMonkey dan Apptopia, Axiom Capital Management mendapati Pokemon Go mengalami corak menurun dari pelbagai segi, termasuk memuat turun, bermain dan jumlah masa yang dihabiskan untuk aplikasi itu sehari.

Meskipun ia menggambar kan khabar yang tidak menggembirakan bagi Pokemon Go, ia mungkin melegakan Facebook, Instagram, Tinder, Twitter, Snapchat dan aplikasi lain yang terancam dengan populariti mendadak Pokemon Go.

Data menunjukkan pemain yang bermain Pokemon Go menurun pada awal Ogos, jatuh dari 100 peratus kepada 40 peratus pada 4 Ogos. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 7:33 AM