IRAN menunjukkan penurunan kes baharu.
IRAN menunjukkan penurunan kes baharu.
Agensi

London: Pandemik Covid-19 menyebabkan banyak negara menguatkuasakan pelbagai sekatan pergerakan termasuk perintah lockdown, perintah berkurung dan menutup sempadan.

Ia bagi memastikan penularan wabak yang dikesan pertama kali di Wuhan, China itu, dapat dikawal sepenuhnya.

Bagaimanapun, The Independent melaporkan ada kalangan negara berkenaan kini dilihat mengalami peningkatan kes jangkitan harian sekali gus mengalami gelombang kedua pandemik itu.

Berikut adalah data beberapa negara yang mengalami gelombang kedua Covid-19:

1. Iran

Setakat ini, Iran merekodkan lebih 245,000 kes dengan lebih 11,000 kematian.

Melihat kepada jumlah purata kes, gelombang kedua dihadapi Iran berlaku tepat sebulan selepas gelombang pertama.

Data menunjukkan Iran sudah berada pada tahap kemuncak gelombang kedua dengan menunjukkan penurunan kes baharu.

2. Turki

Negara ini menunjukkan peningkatan kes mendadak pada gelombang pertama pertengahan Mac lalu sebelum kembali menurun sebulan kemudian.

Namun, data menunjukkan kenaikan semula dikesan pada awal Jun lalu menerusi gelombang kedua wabak berkenaan.

Setakat ini, ia merekodkan lebih 200,000 kes positif Covid-19 dengan lebih 5,000 kematian.

3. Amerika Syarikat (AS)

Berdasarkan trend terkini, AS sudah melepasi gelombang kedua.

Dengan hampir tiga juta kes jangkitan, AS adalah negara yang terjejas teruk. Pada Selasa, AFP melaporkan ia merekodkan 60,209 kes baharu, tertinggi untuk tempoh 24 jam di negara itu.

4. United Kingdom (UK)

UK sudah berdepan gelombang pertama yang teruk namun kini dilihat menunjukkan penurunan kes jangkitan baharu yang signifikan sejak Mei.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 6:30 AM