Oleh Safuri Kamarudin

Baling: Kanak-kanak perempuan yang menghidap penyakit leukimia meninggal dunia di rumahnya di Taman Permai, Kuala Ketil, di sini, petang ini.

Arwah Qysstina Shafieka Erman Shah, 7, yang menderita penyakit itu sejak tiga tahun lalu menghembus nafas terakhir kira-kira 4 petang.

Bapanya, Erman Shah Yahaya, 33, berkata, dia dan isteri reda dengan pemergian anaknya dan berdoa arwah di tempat bersama orang beriman.

"Saya reda dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sepanjang hayat arwah sebelum ini," katanya.

Menurutnya, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Ketil, malam ini.

Semalam, artis veteran diketuai bekas pengasas Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar mewujudkan Tabung Kutipan Bantuan Qysstina Shafieka bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 9:20 PM