RISTEENA.
RISTEENA.
Rudy Imran Shamsudin


Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa. Mungkin itulah juga tanggapan umum terhadap pelakon Risteena Munim, 26, apabila adiknya, Ruhainies dihimpit kontroversi demi kontroversi.

Bermula daripada isu kemenangannya di Festival Drama Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) dipertikai, perselisihan faham dengan Janna Nick dan terbaru isu keluar bersama Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.

Begitupun sepanjang ia ditimbulkan, Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas tidak pernah sekali pun dilihat mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan adiknya.

Seharusnya sebagai kakak, Risteena tampil dan mempertahankan adiknya tetapi perkara itu langsung tidak berlaku.

Menyoroti hati pelakon Girlfriend Kontrak ini, Risteena menegaskan tidak mahu menjadi seperti mencurahkan minyak pada api.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 5:40 AM