ANGGOTA bomba membersihkan sisa merkuri yang tumpah. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membersihkan sisa merkuri yang tumpah. FOTO ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Penghuni rumah di Taman Segambut di sini, terpaksa menghubungi bomba selepas termometer yang mengandungi merkuri pecah di rumahnya, 8.40 malam tadi.

Bomba menerima panggilan daripada penghuni berkenaan pada 8.43 malam sebelum pihaknya tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

Jurucakap bomba berkata, 11 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas digerakkan lokasi kejadian untuk membersihkan sisa merkuri yang tumpah.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati terdapat sisa merkuri pada lantai di bahagian ruang tamu rumah berkenaan akibat alat termometer yang pecah.

"Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) yang turut berada di lokasi kejadian mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membersihakan sisa merkuri berkenaan," katanya.

Pihaknya menamatkan operasi selepas mengesahkan kawasan terbabit bebas daripada sisa bahan merkuri.

Difahamkan tiada penghuni yang terjejas akibat kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 1:03 PM