PANGLIMA Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
PANGLIMA Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand masih diperingkat perbincangan bagi mengenalpasti lokasi sesuai pembinaan tembok berkenaan.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, sehingga kini perkara itu masih diperingkat perbincangan Mesyuarat Jawankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Thailand.

Beliau berkata, lokasi pembinaan akan di bincangkan Khamis ini pada Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi di Bangkok, Thailand yang turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Thailand Jeneral Warapong Sanganeta.

"Sebelum ini terdapat dua tembok berasingan antara dua negara di beberapa lokasi sempadan dua negara tetapi dengan pembinaan tembok sempadan secara bersama hanya satu tembokakan dibina di sempadan," katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke majlis sambutan Aidilfitri ATM di Wisma Perkasa, di sini.

Ketibaan baginda pada jam 12.30 tengah hari itu disambut Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2016 @ 4:07 PM