JOHOR BAHRU 21 JULY 2016. Lapan ahli kumpulan Geng 21 termasuk ketuanya bergelar datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang. NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN

Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Lapan ahli kumpulan Geng 21 Japan termasuk ketuanya bergelar datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Tertuduh Datuk K Elumalai, 42, bersama pengikutnya, K Puvendran, 28; M Suresh, 39; S Rajandran, 39; S Jeeva, 26; R Shanuga Nathan, 37; R Ganabathy, 30; dan M Kishok Kumar, 25, yang berpakaian lokap mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Lima daripada tertuduh diwakili peguam manakala pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Saiful Edris Zainuddin.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 24 Ogos ini selepas mendengar permohonan Saiful.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130v Kanun Keseksaan, Bab VIB.

Kes berkenaan akan dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 10:47 AM