Antara pelacur dan pelanggan warga asing yang ditahan.
Antara pelacur dan pelanggan warga asing yang ditahan.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Seramai 10 pelacur asing ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah premis di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, hari ini.

Sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Anti Maksiat dan Gangsterisme Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Zahirudin Baharum membuat serbuan terhadap premis berkenaan pada 2.45 petang selepas membuat risikan selama seminggu.

Ketika serbuan, pelacur yang terdiri daripada enam warga India, tiga warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar berusia antara 30 hingga 45 tahun sedang melayan pelanggan.

Berdasarkan maklumat awal, sindiket terbabit dipercayai baru beroperasi tidak sampai sebulan lalu dengan mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM50 untuk perkhidmatan seks.

Polis turut menahan tujuh pelanggan warga asing dari Myanmar dan Bangladesh berusia antara 20 hingga 35 tahun serta dua lelaki tempatan dipercayai dalang sindiket berkenaan dan seorang lelaki Bangladesh yang bekerja sebagai penjaga premis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 7:30 PM