Anggota penguatkuasa KPDNKK Kelantan, memeriksa ayam yang menjual pada harga tinggi sebelum mengeluarkan notis di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
Anggota penguatkuasa KPDNKK Kelantan, memeriksa ayam yang menjual pada harga tinggi sebelum mengeluarkan notis di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
FOTO Syamsi Suhaimi
FOTO Syamsi Suhaimi
Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Abdul Ghani Harun (kanan) bersama pegawai penguatkuasa KPDNKK bertanyakan sesuatu kepada peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Abdul Ghani Harun (kanan) bersama pegawai penguatkuasa KPDNKK bertanyakan sesuatu kepada peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Enam peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah, di sini, diberi notis tunjuk sebab oleh KPDNKK Kelantan, hari ini.

Ini berikutan menjual ayam pada harga antara RM20 sehingga RM30 seekor. dalam pemeriksaan mengejut.

Pengarahnya, Datuk Abdul Ghani Harun, berkata peniaga perlu menjawab notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Katanya, pemeriksaan mengejut turut dijalankan di pasar besar di seluruh negeri, hari ini, selepas pihaknya mendapat banyak aduan sama daripada pengguna.

"Malah, saya sendiri memperoleh lebih 17 aduan menerusi SMS dan aplikasi WhatsApps daripada pengguna yang merungut harga ayam dijual terlalu tinggi selepas raya pertama.

“Kalaulah harga seekor sampai RM30 seekor, perbuatan peniaga amat kejam kepada peniaga.

"Jadi siasatan dan pemeriksaan mendapati memang ayam dijual terlalu tinggi malah mereka tidak menggunakan alat penimbang sebelum kita keluarkan notis tunjuk sebab.

"Saya juga arahkan kepada semua pegawai KPDNKK di lokasi lain supaya tidak keluarkan kompaun kepada peniaga yang lakukan kesalahan ini kerana KPDNKK pandang serius perbuatan peniaga yang tidak beretika yang mengambil keuntungan terlalu tinggi terhadap pengguna," katanya di sini, tadi.

Menurutnya, semua peniaga memberi alasan, pembekal mengenakan harga yang tinggi sehingga RM16 seekor memaksa mereka menjual ayam pada harga tinggi.

"Oleh itu kita akan bertemu pembekal ayam pada petang ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2016 @ 1:42 PM