Seiring dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap rekaan fesyen terkini dan kontemporari, Love Bonito merangka satu garis pakaian yang sofistikated dan serba boleh bagi memudahkan ia disuai padan pada musim perayaan.

Koleksi busana santun itu direka menggunakan fabrik ringan bersama pilihan warna menarik seperti rona lembayung, palet kuning dan pastel bagi memenuhi cita rasa yang berbeza.

Disiapkan dengan potongan yang berbeza, setiap helaiannya menonjolkan gaya jalanan yang ceria dan versatil untuk menghadiri pelbagai majlis keraian.

Bermula daripada gaun maksi dengan rekaan beralun hinggalah seluar panjang bersaiz besar berlisu untuk menonjolkan gaya feminin tanpa melupakan aspek keselesaan dan gaya.

Bukan hanya sesuai digayakan pada musim perayaan, koleksi berkenaan juga boleh digayakan ke mana saja untuk penampilan yang lebih sopan dan anggun.

Setiap helaian koleksi itu boleh didapati secara dalam talian atau di stor cawangannya di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2016 @ 5:04 AM