Mahdzir menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Siam di majlis penyampaian sumbangan Parlimen Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka.  FOTO Amran Hamid
Mahdzir menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Siam di majlis penyampaian sumbangan Parlimen Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka. FOTO Amran Hamid
Norul Awatif Romli


Kuala Nerang: Pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Siam di sekolah kebangsaan di kawasan mempunyai masyarakat itu belum boleh dilaksanakan kerana kekurangan guru berkelayakan dalam subjek itu.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini pengajaran bagi subjek bahasa Siam hanya dilakukan di sekolah yang dikendalikan Wat Siam di kawasan masing-masing sebagai usaha menambah pengetahuan dalam kalangan murid berketurunan Siam.

Menurutnya, walaupun perkara itu pernah dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan tiga tahun lalu, pihaknya secara dasarnya bersetuju supaya kelas bahasa Siam diwujudkan dan akan menyalurkan bantuan kepada Wat Siam berkenaan bagi tujuan itu.

"Kalau bahasa lain seperti Tamil dan Mandarin boleh diajar, jadi bahasa Siam juga boleh diajar supaya dapat memberi pengetahuan mengenai bahasa masing-masing kerana mereka (Siam) juga mahu bahasa ibunda dapat diajar di tempat tertentu.

"Jadi saya secara dasarnya menyokong supaya kelas bahasa Siam diwujudkan di sekolah kebangsaan namun belum boleh dilaksanakan kerana kerana kekurangan guru berkelayakan dalam subjek itu,”€ katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada 1,200 masyarakat Siam Parlimen Padang Terap di Padang Komuniti Kerasak, Naka, di sini, petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @ 8:41 PM