NUR Fathin menyiram air mawar di pusara bapanya. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
NUR Fathin menyiram air mawar di pusara bapanya. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mohd Sabran Md Sani


Iskandar Puteri: Bekas gitaris kumpulan Freedom, Abd Gani Karim, 61, yang meninggal dunia malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rodziah Gelang Patah, tengah hari tadi.

Terdahulu jenazah Allahyarham dimandikan serta disembahyangkan di kediamannya di Jalan 3/6, Taman Nusa Bayu pada 11.20 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Salasiah Selamat, 55, dan tiga anak perempuan, Nur Ili, 28; Nur Fathin, 26 dan Nur Syaza, 23.

Nur Fathin berkata, arwah ayahnya itu tidak mengalami sebarang penyakit.

"Dia hanya mengadu pening kepala kira-kira 5 petang sebelum sukar bernafas dan muntah.

"Dia kemudian disahkan meninggal dunia di samping keluarga pada 9.10 malam tadi," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu selepas selesai pengebumian arwah bapanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 1:11 PM