FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Rosli Ilham

Chukai: Wanita yang ditemui mati di rumah sewanya di Jalan Dato,di sini, semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, Haslinda Md Yusof,34, pekerja Radicare (M) Sdn Bhd Cawangan Kemaman ditemui rakan serumahnya dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira 8.30 pagi semalam.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kemaman mengesahkan ibu tunggal itu diserang sakit jantung berpunca daripada tekanan darah tinggi.

"Mangsa dipercayai mengalami serangan jantung antara jam 5 hingga 6 pagi semalam berdasarkan kesan darah yang keluar daripada hidung dan mulut yang masih belum kering ketika mangsa ditemui rakan serumahnya.

"Jenazah mangsa diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian sebaik selesai bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 3:37 PM