PLATFORM ini terjulur keluar lebih 32 meter dari tebing gunung.
PLATFORM ini terjulur keluar lebih 32 meter dari tebing gunung.
PLATFORM ini menjadi tarikan utama pelancong selepas dibuka pada 1 Mei lalu.
PLATFORM ini menjadi tarikan utama pelancong selepas dibuka pada 1 Mei lalu.
ANTARA aksi pengunjung ketika merakamkan gambar kenangan.
ANTARA aksi pengunjung ketika merakamkan gambar kenangan.
ADA pengunjung terpaksa dibantu rakannya untuk berjalan di platform.
ADA pengunjung terpaksa dibantu rakannya untuk berjalan di platform.
AKSI seorang wanita ketika merakamkan gambar di platform.
AKSI seorang wanita ketika merakamkan gambar di platform.
PLATFORM ini dibina bagi mencabar keberanian manusia.
PLATFORM ini dibina bagi mencabar keberanian manusia.
DASAR berkaca membolehkan pengunjung melihat pemandangan gaung sedalam 400 meter.
DASAR berkaca membolehkan pengunjung melihat pemandangan gaung sedalam 400 meter.
myMetro

Satu lokasi tarikan pelancong yang menggerunkan baru dibuka berhampiran Beijing, China dan ia dibina bagi mencabar keberanian manusia.

Terletak di atas tebing setinggi 400 meter di lembah Jingdong, satu platform tinjau dengan lantai kaca sudah pasti membuatkan pengunjung berfikir dua kali untuk berdiri di atasnya.

Binaan ini yang terjulur lebih 32 meter dikatakan sebagai platform tinjau dengan dasar kaca paling besar di dunia.

Platform ini 11 meter lebih panjang berbanding pelantar kaca di Grand Canyon di Amerika Syarikat.

Struktur binaan besar ini terdiri daripada satu laluan kaca yang bersambung dengan platform tinjau berbentuk bulat.

Tarikan pelancong terbaru itu dibuka buat kali pertama pada 1 Mei lalu.

Beberapa gambar yang dirakamkan pada hari pembukaan platform itu menunjukkan pengunjung yang ketakutan kelihatan sukar berjalan di laluan berkenaan.

Menurut laporan media di China, platform itu memegang tiga rekod dunia yang berasingan.

Pertama, ia adalah platform tinjau terpanjang di dunia yang terjulur keluar lebih 32 meter dari tebing gunung.

Binaan ini juga didakwa sebagai platform dasar kaca terbesar di dunia dengan permukaan bulat seluas hampir 415 meter persegi.

Akhir sekali, ini adalah kali pertama logam titanium yang digunakan dalam industri penerbangan digunakan dalam pembinaan platform berkenaan.

“Penggunaan titanium untuk projek ini adalah cara kami untuk memastikan usaha maksimum dilakukan bagi menjamin keselamatan pengunjung,” kata jurucakap syarikat pembinaan platform itu.

Bahan titanium yang digunakan itu dilaporkan ringan, tahan dan kalis hakisan.

Lembah yang dikenali sebagai Jurang Hutan Batu di Jingdong itu terletak kira-kira 70 kilometer dari Beijing dan terkenal dengan rupa bentuk batu yang unik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 5:03 AM