Dalam satu blog teknologi, my.news.yahoo.com/blogs/daunpisang, ia mendedahkan usaha Universiti Vanderbilt yang cuba menghasilkan bateri yang mempunyai jangka hayat berminggu-minggu untuk telefon pintar.

Idea terbabit dikatakan menggunakan teknologi 'supercapacitor' yang diperbuat daripada silikon.

Blog itu memberi pendapat, kalau dulu ia dikatakan gila jika mencipta papan kapasitor silikon pada cip, tetapi sekarang ia mungkin menjadi kenyataan.

Simpanan tenaga dalam silikon dikatakan tahan lebih lama dan berbeza dengan bateri yang bekerja mengikut reaksi kimia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 5:00 AM