Nurul Hidayah Bahaudin


Kuching: DAP menggunakan calon Melayu bagi meraih undi daripada pengundi Bumiputera untuk memperoleh kemenangan di kawasan majoriti pengundi Cina.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jien berkata, pemilihan Abdul Aziz Isa sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang adalah pertaruhan untuk mendapatkan majoriti besar daripada masyarakat Cina.

"Di Batu Kitang, lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada Cina, manakala selebihnya adalah kaum Bumiputera merangkumi Melayu, Iban dan Bidayuh.

"Bersandarkan rekod itu, kita yakin menawan kerusi baru itu, sekali gus menjadikan Abdul Aziz sebagai calon Melayu pertama DAP dalam barisan pembangkang di negeri ini.

Bagaimanapun, Chieng Jen tidak dapat mengulas kaedah untuk membezakan calon DAP dengan PKR yang bertanding di kerusi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 1:20 PM