DULU. Muzium Negara dibina pada tahun 1961 dan mula dibuka pada 1962.
DULU. Muzium Negara dibina pada tahun 1961 dan mula dibuka pada 1962.
KINI. Masih beroperasi dan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
KINI. Masih beroperasi dan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
DULU. Istana Satu menjadi tumpuan pengunjung menghayati pameran istana lama. (1984)
DULU. Istana Satu menjadi tumpuan pengunjung menghayati pameran istana lama. (1984)
KINI. Istana berkenaan yang terletak bersebelahan Muzium Negara masih utuh.
KINI. Istana berkenaan yang terletak bersebelahan Muzium Negara masih utuh.
DULU. Kereta jenama Rolls-Royce antara kenderaan yang  dipamerkan di bahagian hadapan muzium.
DULU. Kereta jenama Rolls-Royce antara kenderaan yang dipamerkan di bahagian hadapan muzium.
KINI. Ruang pameran kereta ini masih digunakan untuk mempamerkan kereta antik dan kereta nasional.
KINI. Ruang pameran kereta ini masih digunakan untuk mempamerkan kereta antik dan kereta nasional.
DULU. Penghasilan mural di dinding muzium menggunakan mozek dari Itali mempamerkan sejarah serta budaya masyarakat Tanah Melayu.
DULU. Penghasilan mural di dinding muzium menggunakan mozek dari Itali mempamerkan sejarah serta budaya masyarakat Tanah Melayu.
KINI. Mural di bahagian dinding menghadap Jalan Travers masih dapat dilihat dengan jelas.
KINI. Mural di bahagian dinding menghadap Jalan Travers masih dapat dilihat dengan jelas.
Nor Hanisah Kamaruzaman


Muzium Negara di Jalan Damansara, Kuala Lumpur yang dibina pada tahun 1961 mengetengahkan gabungan seni bina dan reka bentuk bercirikan elemen estetik dan ukiran bangunan Istana Melayu tradisional.

Rekaan bangunan yang tersergam indah itu dipilih sendiri Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Bangunan Muzium Negara berukuran 362 kaki panjang, 60 kaki lebar dan 124 kaki tinggi dari bahagian tengah bangunan ke bahagian bumbungnya dibina setinggi tiga tingkat merangkumi tingkat bawah, tingkat satu dan tingkat dua.

Seni bina bangunan itu disokong 26 batang tiang konkrit dan konsep 26 batang tiang berkenaan berdasarkan kepada gabungan 13 tiang yang terdapat pada bahagian timur dan 13 tiang lagi pada bahagian barat.

Sebanyak 13 batang tiang bagi setiap bahagian kiri dan kanan bangunan itu melambang gabungan 13 negeri di Malaysia ketika itu.

Sebahagian permukaan dinding dihiasi ukiran berkonsepkan gabungan corak dan motif tradisional Melayu lama hasil kreativiti pelukis dan pengukir terkenal tanah air.

Muzium yang dibuka pada tahun 1962 itu dirasmikan Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.

Terdapat dua mural yang dihasilkan daripada kaca mozek Itali diletakkan pada dinding bangunan menghala ke arah Jalan Travers dengan setiap satunya berukuran 115 kaki panjang dan 20 kaki tinggi.

Mural berkenaan menceritakan rentetan sejarah dan kepelbagaian budaya masyarakat Tanah Melayu serta kekayaan hasil kraf dan ekonomi masyarakat setempat.

Di bahagian luar Muzium Negara pula ditempatkan binaan Istana Melayu yang menampilkan rekaan istana yang masih utuh sehingga hari ini.

Bangunan pameran muzium mempunyai empat ruang galeri utama. Galeri A di tingkat satu menjadi lokasi pameran pada era prasejarah sehingga artifak peninggalan candi Hindu dan Buddha di Lembah Bujang, Kedah.

Galeri B pula menyoroti sejarah kewujudan kerajaan Melayu di Nusantara terutama di Tanah Melayu selain menonjolkan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Galeri C di tingkat dua menyingkap sejarah kedatangan Portugis, Belanda, British dan Jepun serta kesannya terhadap politik, sosial dan ekonomi negara, manakala Galeri D membawa pengunjung ke arah kemerdekaan dan pembentukan negara serta pencapaian gemilang Malaysia sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 12:43 PM