ANGGOTA polis memeriksa serpihan tulang yang dipercayai mangsa bunuh ditemui di satu kawasan hutan di Udon Thani.
ANGGOTA polis memeriksa serpihan tulang yang dipercayai mangsa bunuh ditemui di satu kawasan hutan di Udon Thani.
Agensi

Udon Thani: Pihak berkuasa Thailand menemui 15 timbunan tulang dipercayai milik manusia di satu kawasan hutan di daerah Ban Phue.

Tulang itu ditemui di kaki gunung berhampiran kampung Ban Khon Bon Wiang Chai di Nong Waeng dekat sini.

Lapan timbunan tulang itu ditemui lengkap dengan tengkorak manakala selebihnya ada yang tidak lengkap.

Turut ditemui di lokasi itu adalah kesan tayar kenderaan terbakar dan botol minyak.

Pihak berkuasa percaya mangsa dibakar menggunakan tayar dalam keadaan duduk.

Jurucakap polis, Boonlert Jaipradit berkata, mayat itu ditemui selepas kawasan belukar di kawasan berkenaan musnah dalam satu kebakaran.

Gabenor Udon Thani, Chayawut Chanthorn memberitahu, tulang itu ditemui dua hari lalu oleh sekumpulan wartawan stesen televisyen Channel 9 yang berada di lokasi untuk tugasan jenayah yang berasingan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 7:09 AM